Mereka yang beralasan seperti ini perlu memahami Firman Allah SWT dan Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagi kamu".
[al-Ahzab: 21]
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah “, mereka menjawab: “(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya “.
[al-Baqarah: 170]
______________________________________________________
Tidak ditemui hadis yang sahih menganjur atau mensyariatkan bolehnya bernikah di Masjid. Masjid dibangun bukan untuk menguruskan pernikahan, mengadakan walimah atau apa sahaja yang berkaitan dengan perkahwinan tetapi tujuan Masjid dibina adalah untuk Solat dan Zikrullah. Rasulullah SAW bersabda:
"Engkau tidak akan menemukannya!. Sesungguhnya Masjid-masjid dibangun untuk tujuan tersendiri (iaitu untuk Solat, ibadah dan Zikrullah)".
[al-Ahzab: 21]
Imam an-Nawawi rhm berkata: Bahawa sabda Rasulullah SAW (sesungguhnya Masjid dibangun untuk tujuan tersendiri) bermaksud: "Masjid dibina (dibangun) untuk Zikrullah, Solat, majlis ilmu, membincangkan kebaikan dan yang sejenisnya".
[HR: Muslim, an-Nasaii & Ibn Majah]
Dari Abdullah Maula Syaddad bin al-Hadi, sesungguhnya dia mendengar Abu Hurairah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Siapa pernah mendengar seorang lelaki mencari barangnya yang hilang di masjid, maka baginda terus bersabda: Semoga Allah tidak mengembalikan kepadanya. Sesungguhnya Masjid tidak dibangun untuk itu".
[Syarah Sahih Muslim (V554)]
Oleh kerana Masjid dibina untuk tujuan mendirikan Solat, majlis ilmu dan kebaikan, maka tidak disebut untuk urusan jual beli, mencari barang yang hilang, mengiklankan (melaungkan) berita kematian atau menjalankan majlis akad nikah di dalam masjid. Adapun hadis yang menjadi hujah untuk akad nikah di masjid ialah:
Dari 'Aisyah ra, beliah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: Umumkanlah (iklankanlah) pernikahan ini dan lakukannya di masjid serta tabuhkanlah rebana".
[HR: at-Tirmizi, al-Baihaqi]
Hadis di atas ini adalah hadis lemah. Di dalam sanadnya terdapat seorang yang bernama Is bin Maimun, dia adalah dikenali sebagai perawi yang matruk. Oleh itu hadis ini tidak boleh dijadikan dalil atau hujah untuk membolehkan bernikah di masjid.
Sesiapa yang menyakini bahawa bernikah di masjid adalah lebih baik, afdal atau sunnah, maka ia perlu membawakan hujah yang sahih agar tidak berlaku amalan bid'ah di dalam masjid dan di dalam urusan perkahwinan. Begitu juga menjalankan pernikahan dan kesibukan urusan perkahwinan di masjid boleh menganggu orang-orang yang beribadah di dalamnya seperti Solat, Zikir dan boleh mengotori Masjid serta berlaku hingar-bingar di kawasan Masjid.
Sumber: www.muawiyah90.blogspot.com
{ 0 komentar... Views All / Send Comment! }
Posting Komentar